Klik Banner Diatas Untuk Ke Laman Pahang

Wednesday, April 29, 2009

Lama Tak Tulis.

Zaman sekarang 'kesibukan' dah menjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat. Siapa yang sibuk dikatakan sebagai orang yang penting atau orang yang berjaya. Sebab itu semua orang ingin menjadi sibuk. Bila dah sibuk-sibuk macam ni mula lah tak sempat nak buat semua benda yang dirancang.

Hajat sebenar dihati memang ingin melapurkan kepada penduduk Kawasan Dun Kemayan tentang program-progam yang telah disertai oleh ADUN Kemayan, YB En. Mohd Fadhil Osman. Dengan harapan supaya penduduk Dun Kemayan tahu bahawa YB En. Mohd Fadhil Osman sentiasa berusaha untuk berbakti kepada pengundi-pengundi di Kawasan Dun Kemayan.

Kadang-kadang ada juga sikit-sikit rasa terkilan kerana tak berkesempatan untuk paparkan info terbaru dalam Blog Dun Kemayan ini. Bahan baru tentang program YB En. Mohd Fadhil Osman semuanya dah di terbitkan. Nak kena cari bahan baru pula tentang YB En. Mohd Fadhil Osman. Kalau nak berita terbaru tentang YB En. Mohd Fadhil Osman kena selalu baca ruangan Sinar Harian Bera.

Akhir sekali terlupa nak ucap terima kasih pada Blogger Pahang kerana menjemput blog Dun Kemayan untuk menyertai himpunan blog Pahang.