Klik Banner Diatas Untuk Ke Laman Pahang

Wednesday, April 29, 2009

Lama Tak Tulis.

Zaman sekarang 'kesibukan' dah menjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat. Siapa yang sibuk dikatakan sebagai orang yang penting atau orang yang berjaya. Sebab itu semua orang ingin menjadi sibuk. Bila dah sibuk-sibuk macam ni mula lah tak sempat nak buat semua benda yang dirancang.

Hajat sebenar dihati memang ingin melapurkan kepada penduduk Kawasan Dun Kemayan tentang program-progam yang telah disertai oleh ADUN Kemayan, YB En. Mohd Fadhil Osman. Dengan harapan supaya penduduk Dun Kemayan tahu bahawa YB En. Mohd Fadhil Osman sentiasa berusaha untuk berbakti kepada pengundi-pengundi di Kawasan Dun Kemayan.

Kadang-kadang ada juga sikit-sikit rasa terkilan kerana tak berkesempatan untuk paparkan info terbaru dalam Blog Dun Kemayan ini. Bahan baru tentang program YB En. Mohd Fadhil Osman semuanya dah di terbitkan. Nak kena cari bahan baru pula tentang YB En. Mohd Fadhil Osman. Kalau nak berita terbaru tentang YB En. Mohd Fadhil Osman kena selalu baca ruangan Sinar Harian Bera.

Akhir sekali terlupa nak ucap terima kasih pada Blogger Pahang kerana menjemput blog Dun Kemayan untuk menyertai himpunan blog Pahang.

Monday, March 9, 2009

Link: community.ump.edu.my

Pelajar UMP sertai Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2008.

Seramai 39 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menyertai Program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) yang berlangsung pada 10 - 12 Oktober 2008 bertempat di Felda Bukit Puchong, Bera. Majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Kemayan, YB En. Mohd Fadhil Osman pada 10 Oktober 2008.

Tapak Hospital Daerah Bera

5hb. Februari, 2009. (Jumaat)
MAJLIS PECAH TANAH TAPAK HOSPITAL DAERAH BERA

ADUN Kemayan, YB En. Mohd Fadhil Osman turut hadir semasa Majlis Pecah Tanah Tapak Hospital Daerah Bera yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah. Turut mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah adalah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.
4
3
2
1

Thursday, February 19, 2009

Fama: Taklimat Ladang Kontrak

17hb. Februari 2009 (Selasa)
Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.

YB En. Mohd Fadil Bin Osman telah dijemput merasmikan 'Taklimat Ladang Kontrak" bagi Daerah Bera. Seramai 55 oran petani telah hadir untuk mendengar taklimat. Usaha Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bagi mengadakan 'Taklimat Mengenai Ladang Kontrak Fama 2009" amat di alu-alukan oleh YB En. Mohd Fadil Bin Osman.

Pada hari tersebut peserta diterangkan tentang Pelaksanaan Ladang Kontrak oleh Penyelaras Ladang kontrak FAMA Pahang. Sesi kedua pula Pegawai Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia telah menjelaskan tentang Geran Penanaman nenas 2009.

Agro Bank Cawangan Triang turut menawarkan Pinjaman Peribadi dengan keuntungan serendah 4.3 peratus hingga 5.6 peratus setahun. Pinjamlah dengan Agro Bank Cawangan Triang jangan pinjam dengan Along Bank. Dengan Agro Bank Cawangan Triang "Lulus segera, Mudah & Cepat. Hantar Hari Ini Esok Lulus.
5
4
3
2
1
[19.02.09] Fama Daerah Bera